RUMAH TRADISIONAL TERENGGANU, Rumah Hj Wan Muda bin Wan Hassan

Rumah Tradisional Melayu Terengganu

 

 

Rumah tradisional Melayu Terengganu dengan reka bentuk seperti ini juga dikenali sebagai rumah bujang berselasar. Rumah yang dipindahkan dari kampung Tanjung, Kuala Terengganu ini dipercayai telah berusia kira-kira 200 tahun, dan merupakan milik asal seorang juragan kapal, Allahyarham Hj Wan Muda bin Wan Hassan. Pembangunan pesat bandar Kuala Terengganu memerlukan penyusunan semula penempatan di sekitarnya, termasuklah kampung-kampung tradisional berdekatan. Muzium Warisan Melayu telah mendapatkan salah satu rumah tradisional Melayu Terengganu di kawasan tersebut dan memindahkannya ke lokasi baharu di UPM untuk tatapan generasi kini dan akan datang.